Monday, September 18, 2006

Hari Jadi Eh?













16 Sept yang lalu genaplah 26 tahun menghuni di bumi tuhan ni...happy? sedih?terharu? takut? ...entahla semua rasa bercampur baur dalam diri aku...

Aku bersyukur aku masih lagi hidup pada usia 26. Bagi aku tanggal 16 sept setiap tahun sama sahaja...tiada bezanya, cuma angka tahun je yang membezakan...seingat aku, aku tak pernah menyambut hari lahir aku ni kecuali masa aku tahun 2 di UKM (2000)...itu pun masa tu kawan2 satu blok di Kolej Burhanuddin Helmi yang buat surprise party untuk aku dan salah seorang blokmate aku yang lahir 12 sept...itula first and last time aku sambut hari jadi aku, lepas tu aku tak pernah sambut lagi...dan tahun ni pun aku tak sambut, cukupla aku rasa aku beri sedikit masa pada diri sendiri untuk bermuhasabah...memikirkan semula apa yang telah aku lakukan sepanjang perjalanan hidup aku, apa yang telah aku capai, apa yang aku inginkan dan apa yang masih aku cari dalam hidup yang masih panjang ni. Amboi....jiwangnya aku....

Kalau difikirkan semula pencapaian aku sehingga 26 tahun takde benda yang boleh aku banggakan sangat , tapi cukuplah kalau aku kata kan ia adalah suatu permulaan bagi satu perjalanan hidup yang makin mencabar dalam hidup aku...semakin hari aku semakin dewasa, semakin banyak perkara baru yang aku tempuhi...semakin banyak perkara yang perlu aku selesaikan sendiri...semakin banyak benda yang aku belajar...tapi banyak lagi kekurangan yang kena aku perbaiki...

AKu nak memetik kata-kata seorang kawan:

"...for it is not easy to carry on living, but the faith we have, help us to got through life, no matter how difficult it is...."

Bagi aku hidup ini sangat mencabar....tapi aku kena percaya pada diri sendiri yang aku boleh hadapi semua dugaan2 yang diberikan kepada aku...tapi apa yang aku alami dan pengalaman-pengalaman aku yang lalu yang menjadikan aku pada hari ini....dan aku harap aku akan mencapai apa yang aku inginkan dalam hidup ini dan semoga perjalanan hidup ini di hari-hari mendatang akan dipermudahkan Nya...Amin....

Aku beli hanset baru (walaupun aku beli seminggu lebih awal) sebagai hadiah hari jadi untuk diri sendiri(aku ni bukan boleh percaya sangat, dalam takde duit pun aku beli hanset baru jugak...). AKu pun ada beli 3 biji kaset baru (harga rm3.90 setiap satu hahahahhah). Anyway, kepada semua yang mengucapkan selamat hari lahir kepada aku melalui fon, sms, mesej kat tag board dan email(ecard) aku ucapkan terima kasih banyak...terima kasih atas ucapan dan doa semua...kalau ada sms/ mesej/ email yang aku tak jawab aku minta maaf (aku ni bukan rajin beno nak balas sms)...sebab ucapan special macam tu aku kena jawab di ruangan yang special jugak...kat mana lagi kat blog aku la kan...Terima Kasih ye semua...:)

p/s ni wish daripada adik aku (zuraini namanya)..."What u have is Allah's gift 2 u...how u use it is your gift to Allah...also is your gift to all those around u...Happy birthday 2 u sis...luv u" soooooo sweet, right?


No comments: