Wednesday, February 28, 2007

Kelas Sushi Maki



Seperti biasa kelas membuat sushi/gadering kali ini sekali lagi dibuat di rumah Arc+Budak. Terima kasih daun keladi kepada tuan rumah :D

Sebenarnya kelas ni dah dirancang oleh ahli reban sebelum ni. susah bebenonya nak mengarang ayat2 dalam entry kali ini, lama tak mengarang. Ok, setelah wakame dapat balik bercuti dari jepon, dapat le kelas membuat sushi ni dibuat. Ramai rupanya ahli reban yang minat makanan orang jepon ni. Hehehehe...anyway selain dapat menengok wakame secara live dapat gak belajar buat sushi kan. Eh salah statement tu, selain dapat belajar membuat sushi dapatlah jugak menengok Wakame secara live. Well, bukan senang nak jumpa celebrity kan. Semua ahli reban pun kusyuk bebeno menengok cikgu belajar membuat sushi masa kelas diadakan.

Aku sendiri pun tak nak melepaskan peluang untuk menggulung sendiri sushi tu. Memula nampak cam susah, tapi bila cuba sendiri, rasa macam ok je. Beras untuk sushi ni dah siap2 dimasak dan dicampur cuka dari jepon oleh Wakame before datang ke ke rumah Arc+Budak. Sesampai je cikgu Wakame ke rumah Budak+Arc terus je dia mengeluarkan semua bahan-bahan nak buat sushi ni. So, before sushi digulung semua bahan-bahan yang aku lupa nama bahan2 membuat sushi ni dipotong-potong oleh Limah dan juga Wakame. Kemudian barulah sushi yang dah digulung dan dipotong untuk menjadi satu makanan yang sangat comel bentuknya. Wakame mengajar 3 cara membuat bentuk sushi maki ni. Memang comel-comel bentuknya...suka aku menengoknya. Tak sesia menunggu kehadiran Cikgu Wakame yang sampai 4.30 ptg dengan ilmu yang diperolehi semasa kelas diadakan....hihihihihi


Very the suprise bila Fara orang pertama yang sampai for gadering kali ni...heheheh jgn marah ek Fara!. Ok, seperti biasa jugak perjumpaan kali ni dibuat secara port luck. Makanan yang dibawa sentiasa berlebihan dan of course boleh ditapau...nak cerita sikit sape yang datang dan makanan yang dibawa on that day.



Kehadiran:
Fara


LB+Arc (Tuan Rumah)


Alangz


Royce


Wakame


Cik Yumm


Nini


Limah a.k.a Bilal


Coco


Jijo(dah tak tertinggal kali ni :P)


Ila + asben


Az + Asben


Bibik pun ada(harap takde yang tertinggal lagi)



Makanan:



Karipap


Puding Sumi


Roti Jala


Asam


Keropok (Wakame goreng sendiri kot :P)


Baulu Cap Jaafar Onn


Cempedak Goreng


Kuih Cik Yumm bawa tak tahu nama....



Ok, kesimpulannya semua happy dapat belajar buat sushi dan dapat jumpa Wakame dalam gadering kali ni, and of course la juga ahli reban happy sebab dapat berjumpa ahli sesama reban. Walaupun sebilangan ahli reban je yang dapat hadir, tapi suasananya tetap meriah sakan.

No comments: