Thursday, July 05, 2007

Cerita Durian Runtuh

Sekarang ni kalau tiap kali aku gi pasar malam or mana2 pasar, banyaknye orang jual durian. Pulak tu dok dengar staf2 lelaki kat sini tiap hari makan durian beli kat Gambang buat aku teruja je.

Semalam call mak tanya kat kampung ade durian tak....mak kata tak gugur lagi durian nya. Kalau tak, harusla aku balik kg weekend nya. Bila bercakap bab-bab buah durian ni. Aku memang teringin sangat nak makan durian dan pulut durian. Rasanya dah lama sangat tak makan durian. Dulu-dulula kan aku ni memang hantu jugak makan durian. Kalau 2 atau 3 bijik durian tu aku boleh habiskan sorang-sorang je (2 or 3 bijik tu takdela dikira banyak sangat sebenarnya). Tapi itula, memang dulu-dulu aku suka makan durian ni. Abah aku memang sangat faham dengan aku. Kalau aku balik dari asrama time-time musim durian, dia yang akan beria-ia carikan durian untuk aku. Tapi bila dah besar ni, keinginan nak makan durian tu takdela teruk sangat.

Teringat pulak cerita masa aku praktikal. Masa tu praktikal kat KLIA. So, hari-hari aku dan 3 orang lagi member sepraktikal dengan aku berulang-alik Bangi-Sepang-Bangi ikut jalan lama. Kat tepi-tepi jalan tu ade orang jual durian. Dek kerana nak sangat makan durian, sanggup kitorg share duit semata-mata nak makan durian. Bila ditimbang kilo durian tu, sebijik durian yang sederhana besar tu RM10 harganya. Masa tu tak berduit sangat, so bayar je la kan. Dan 4 kepala yang makan sebijik durian, berapa ulas sangatla yang boleh dimakan oleh seorang. Tak puashati tapi takpe la at least dapat merasa.

Dulu masa kecik-kecik aku suka ikut arwah atuk pegi cari durian kat dusun. Seronok je zaman kecik-kecik dulu. Aku pergi dusun tu bukannye nak menunggu durian sebagai objektif utama. Yang paling penting boleh mandi sungai..Sekarang dah besar-besar aku dah lama tak ke dusun tu. Dah bertahun-tahun dah sejak keje ni aku tak ke dusun tua tu. Ape yang dah jadi kat dusun pun aku tak tahu. Ade lagi ke tak pokok manggis yang besar dan lebat tu, ade lagi tak pondok tempat selalu aku melepak, makan dan tidur kat situ, ade lagi tak sungai tempat aku selalu curi-curi mandi tanpa pengetahuan arwah atuk aku. Bukan jauh sangat dari rumah, dalam 10-15 minit je. Tapi tu lah dah makin tua, makin malas aku jadinya nak kesana. Kalau kecik2 dulu pantang tengok abang or arwah atuk nak ke sana mau je aku nak mengikut.

Itula cerita pasal durian runtuh ni. Aku akan balik kampung seminggu 16-20 Julai. Kebetulan ade kerja disana, nilah peluang nak berlama-lamaan kat kampung jugak. Harap-harap durian kat dusun dah gugur, boleh makan durian puas-puas. Boleh mintak mak buat pulut durian, buat tempoyak.... heaveeeeennnnnnn...

No comments: