Monday, April 21, 2008

Gegar Otak 2008

Oke, seperti tahun-tahun lepas jugak, tahun ni akan berlangsung acara gegar Reban Ayam. Ramai dah blogers yang tangah pukul canang kat blog masing-masing mengenai gegar ni. So, aku pun nak ambil peluang untuk membuat promosi percuma tentang gegar ni.

Kalau tahun lepas gegar ni dibuat kat hotel. Tahun ni lain sikit temanya, kali ni buat kat pantai dan ala-ala perkhemahan. Gegar Otak 2008 katanya. Harus bergegar otak aku lepas balik dari gegar otak ni. Jumaat lepas menteri-menteri kabinet Reban Ayam dah bermesyuarat mengenai gegar ni. Aku cuma mengikut suami aku yang jugak AJK kerja untuk gegar ni. Walaupon dia bukan menteri, tapi oleh kerana dia mempunyai tanggungjawab yang besar dalam aktiviti gegar tu, jadiknya kami walaupun yang paling lewat sampai tetap jugak hadir. Sori, bas yang sampai lewat dari kuantan. Setelah dipersetujui oleh menteri-menteri yang hadir dalam mesyuarat tu, acara gegar tu akan berlangsung seperti dibawah:

Tarikh : 21-22 Jun 2008
Tempat : Pantai Balok, Kuantan
Tema: Perkhemahan
Bayaran : rm70/adult (percuma untuk kanak-kanak)

Tentatif Program (Copy Paste dari Blog Cik Seksiteri, ahaks!):

21 Jun 2008
- berkumpul di plaza tol Gombak jam 9 pagi untuk konvoi beramai-ramai.
- dijangka sampai di Pantai Balok jam 12 tengahari. Makan tengahari di gerai berhampiran (sendiri)
- solat, urusan sendiri
- aktiviti petang : Permainan Rakyat. Ada hadiah untuk kumpulan yang menang!
- aktiviti malam : BBQ party! makanan berat dan BBQ disediakan. Juga, cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah.

22 Jun 2008
- sarapan pagi (disediakan)
- aktiviti bebas
- kemas khemah
- pulang
- lunch (sendiri)

** Semua peserta akan dapat sehelai t-shirt sebagai kenang-kenangan.

Nota : Untuk makluman, Gegar Otak 2008 ni terbuka kepada semua yang berminat. Kalau anda berminat boleh bagi nama dengan bayaran sekali tau kepada DeLinn or Arc by 30 April 2008.

Let's GEGAR!!!!!!!!!!

Boleh Jugak Baca Maklumat Gegar ni Kat sini:
Cik Seksiteri Gegar
Angah
Jijo

4 comments:

DeLinn said...

citt copy paste kekdahnya hahahahaah

:-D

Anonymous said...

ihihihihiih....yang penting promotion nye....

zure

Fara said...

huhuhu ..

Zura, aku nak suh ko booking chalet utk aku ... ada aircond kan? huhuhu

Anonymous said...

InsyaAllah boleh....ada aircond biliknya