Cepat, mudah, ringkas dan rasanya tak kurang sedapnya tapi agak manis...
Mix Fruit Cupcakes
Sumber : myresepi.com
Bahan-bahan ( 10 biji )
1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
3 1/2 sb (55g) mentega
1/4 cawan gula halus
1/2 cawan mix fruits
1 biji telur - dipukul
4 sb susu manis/pekat
1 sk perasa oren
secubit garam
optional - saya tambahkan almond slice untuk menambah rasa kekacang pada kek
Cara-cara
Tepung dan baking powder diayak di dalam sebuah mangkuk dan masukkan mmentega dan gaul dgn hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan gula,garam,mixfruits dan gaul rata dgn menggunakan garfu dan masukkan pula susu,telur dan perasa oren dan kacau hingga sebati.
Masukkan 1 sudu besar penuh adunan ke dlm mangkuk kertas hingga habis.
Masukkan ke dlm oven yg tlh dipanaskan dulu dan bakar selama 1/2 jam pd suhu 180C atau hingga masak.
Sejukkan cup cakes di atas redai kek.
Sharing : Melalui pembelajaran saya di internet, untuk membuat cupcakes/muffin yang tak bantat/lekang atau apa2 istilah yang sesuai, adunan kek jangan dipukul terlalu lama, cukup sekadar menyatukan bahan basah dan kering sahaja.
2 comments:
zura ko semakin suka buat kuih :-) .. bestnyer!
Baru nak berjinak-jinak, so kena la banyak buat eksperimen....hehheheh
Dengan oven kat umah tu pon tak berapa nak mesra lagi, asyik ter'bakar' je kek nye....hehehhehe
Zure
Post a Comment