Thursday, January 15, 2009

Cameron Highland

Aku dah lama merengek-rengek kat hubby ke ke Cameron Highland sebab seumur hidup aku tak pernah sampai lagi ke sana. Hubby pon bukannya pernah sampai ke sana. So, since ada kawan hubby yang ada plan nak bercuti ke sana so kami pon join la sekali saje nak kacau program orang lain.

Pagi-pagi 27 dec 2008 tu kitorang dah bergerak ke Cameron. Pukul 7 pagi dah keluar rumah. Kami bertiga masa tu dengan Abu sorang lagi kawan hubby. Dari rumah kami ikut jalan Loke Yew, ke Jalan Kuching dan terus ke Jalan Duta untuk masuk ke Highway Utara Selatan. So, dari Highway terusla kami ke Perak, sebab kami akan keluar dari exit Tapah untuk terus mendaki ke Cameron. Oleh kerana ini first time nak gi ke Cameron aku memangla excited giler.
Kami berhenti breakfast kat Hentian Tapah Utara. Ramai sangat orang yang travel pada hari berkenaan. Penuh tempat makan sampai kami terpaksa menunggu untuk dapat kan tempat untuk makan. Riuh rendah kat situ. Lepas breakfast kami teruskan perjalanan ke Cameron. Bila dah keluar dari exit Tapah tu bermula pendakian kitorg ke puncak Cameron. Pemandangan dikiri kanan jalan amat la semulajadi penuh dengan pokok2. Mula-mula nya jalan masih ok lagi...lurus je...tapi tak lama lepas tu dah startla jalan bengkang bengkok. Boleh pusing kepala aku, tapi nasib baik aku duduk kat depan kurangla sikit pusing kepala. Aku dah siap-siap beli asam, konon2 nya dapatla membantu aku dari muntah or pening kepala. Jalan ke Cameron ni memang bengkang bengkok penuh dengan selekoh dan memang agak mencabar. Dikiri kanan jalan terdapat banyak rumah-rumah orang asli. Banyak jugak orang asli yang berjual kat tepi jalan. Aku memang suka dengan pemandangan sepanjang jalan yang penuh dengan selekoh ni, udaranya pon segar.

Mula-mula kami sampai ke Pekan Ringlet. Hubby berhenti sekejap kat pekan Ringlet nak cucuk duit kat ATM. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Tanah Rata. Perjalanan kami agak slow sebab banyak sangat kereta yang menuju arah yang sama dgn kami. Kebetulan kami semua ikut bus, jadinye memang slow tahap gaban. Nak memotong susah, dengan jalan yang bengkang bengkok dan bergaung. Ada berani nak potong? Nasib baik pemandu yang telah diHON oleh pemandu kereta lain berhenti ditepi jalan dan benarkan kami semua memotong. Penat wei ikut belakang bus.
Sebelum terus naik ke puncak Cameron, ada satu kawasan air terjun yang sangat cantik betul2 tepi jalan. Kawasan air terjun Iskandar namanya. Tapi kami tak berhenti pon dan meneruskan lagi perjalanan.
Meneruskan lagi perjalanan akhirnya kami sampai la ke ladang teh. First time sampai sini menyebabkan aku teruja sangat. Cantik je susunan pokok2 teh tu. Aku ni apa lagi bergambar je la keje nya kat ladang teh tu.

Akhirnya sampaila ke pekan Cameron, berhenti kat situ untuk jumpa kawan hubby. Mereka pon bertiga. Kami makan tengahari kat situ. Aku dan hubby tak makan berat sebab dah kenyang. Lepas makan, singgah sebentar kat kedai-kedai sekitar pekan, hubby nak beli cenderamata untuk kawan-kawan dia. Aku ikut je. Lepas tu terus drive ke Cameron. Jarak ke cameron dari pekan takdela jauh sangat tapi sebab jem, lambatla sampai. Extra vaganza jemnye...banyak betul kereta dan orang-orang mengambil peluang ke Cameron di waktu cuti sekolah tu. Aku siap boleh tidur lagi dalam kete masa jem tu...sian hubby drive....hahahhaha
Memang sesak sangat cameron waktu kami sampai. Hujan pon dah start turun time tu. Tapi hujan renyai-renyai dan takla lebat.

Anyway, memang seronok dapat mengunjungi Cameron Highland. Ye la, aku tak pernah sampai, tapi yang tak berapa nak seronok sebab terlalu ramai orang dan terlalu banyak kereta waktu menyebabkan mood untuk mengunjungi banyak ladang2 strawberry, bunga atau orkid terbantut sikit. Kalau nak datang lagi dimasa akan datang, kena make sure jangan datang waktu cuti sekolah. Kalo tak....sendiri mau hingatla....bak kata nabil...Lu pikirla sendiri....

Wednesday, January 07, 2009

Cerita Cuti

Salam Semua,

Lama sungguh aku tidak mengemaskini blog aku ni. Kesibukan yang melanda menyebabkan aku tak sempat2 nak hapdet blog. Dah terbiar lama sangat dah blog aku ni. Banyak aktiviti yang berlaku cuma masa tak mengizinkan aku untuk kemaskini blog.

Actually aku telah mengambil cuti yang lama untuk cuti tahunan aku. Bermula 26 Dec 2008 hingga 4 Jan 2009. Banyak sungguh aktiviti sepanjang cuti tu. Aku pun penat jugak melayan semua aktiviti tu. Tapi yang pasti semua nya telah berlalu dan meninggalkan kenangan yang sangat manis dan sukar dilupakan. Ok, aku nak senaraikan sikit aktiviti yang aku dan hubby buat sepanjang cuti-cuti malaysia.

1. Melawat Cameron Highland
2. Balik Kampung (Kelantan)
3. Tengok Wayang
4. Main Indoor Games Kat Berjaya Times Square

walaupon penat tapi aku gembira sangat....dan aku miss sangat masa yang manis tu dan jugak my hubby so muchhhhh........