(Berita Harian, Jumaat - 29 Mac 2002)
Kaji selidik yang dilakukan oleh sebuah syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi-Synthelabo (M) Sdn Bhd telah mendedahkan bahawa wanita negara ini tergolong dalam kelompok yang sering menghadapi masalah tidur ataupun insomnia berbanding lelaki dan biasanya wanita yang berada dalam lingkungan 30 hingga 64 tahun didapati mengalami gejala ini, manakala bagi golongan lelaki pula ialah yang berada pada usia 30-39 dan 50-64 lebih ketara mengalami gejala ini. Insomnia dikatakan berpunca daripada tekanan, kerisauan, masalah berkaitan kerja, gaya hidup/alkohol ataupun tabiat tidur. Ia boleh mengganggu sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau wanita, tua atau muda yang boleh menjejaskan kehidupan sosial, emosi, hubungan dengan orang lain, kegiatan sosial, gaya hidup dan juga kehidupan keluarga. Malangnya keadaan ini tidak dilihat sebagai satu masalah kesihatan. Sepatutnya mereka yang mengalami gejala insomnia perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan perubatan.
2 comments:
ko ada penyakit ni ke?
sikit-sikit royce...kekadang je...
Post a Comment