Thursday, April 24, 2008

Fantasia Beach Resort

Hari ini nak update sedikit berkaitan Fantasia Beach Resort. Before ni, masa gi buat servey untuk pantai Balok tepat perkhemahan kita tu, aku sempat juga pergi servey Fantasia Beach Resort. Aku cuma amik gambar dari jauh je, pastu amik dia punya brochure then keluar dari situ.

Resot ni adalah yang paling dekat dengan tempat perkhemahan Pantai Balok tu. Tapi dari tempat perkemahan ke Resort ni kena menyeberangi jalan, lebih kurang 100-200 meter jaraknya.

Kemudahan yang disediakan kat sini lebih kurang hotel-hotel yang lain jugak, ada swimming pool, cafe, bilik seminar dan sebagainya. Bagi sesiapa yang berminat untuk stay kat resort semasa Gegar Otak 2008, ni ada senarai harga penginapan untuk bilik tersebut:

Super Deluxe Room
RM 110.00 Nett (Weekday)

RM 140.00 Nett ( Weekend )

Deluxe Room
RM 100.00 Nett (Weekday)

RM 130.00 Nett ( Weekend )

Fantasy Suite
RM 220.00 Nett (Weekday)

RM 250.00 Nett ( Weekend )

( Inclusive of breakfast maximum for 2 person)
** Kalau nak extra matress kena tambah RM30
** Dorang hanya boleh bagi diskaun harga bilik kalau customer tempah 20 bilik ke atas saje. Hehehhe

Korang mesti tertanya-tanya, beza antara bilik Deluxe dengan Super Deluxe kan. Ok, size bilik dengan tatasusunan bilik adalah sama. Dedua bilik dilengkapi dengan aircond or Tv. Cumanya bagi bilik super deluxe ni ada tambah lagi 2 benda iaitu peti dan water heater. Kalau bilik deluxe takde peti dan water heater. Itu aje bezanya.

Atau korang boleh lusuri web dorang fantasia beach resort untuk maklumat lanjut.

Sekian....

2 comments:

Anonymous said...

Laaa aku ingatkan nama fantasia tu saje saje je letak rupe rupenya betul ek... opssss.. menteri penerangan takleh blur' wakakakak

Anonymous said...

Amboi jijo...bukan AF je ada word fantasia ek...ekekkeke

tuan rumah