Saya tak pandai nak bercerita...tapi cukup rasanya kalau dikatakan saya sudah secara rasmi menjadi tunangan orang. Saya tidak mampu untuk berkongsi semuanya tentang pertunangan kami disini. Cuma syukur Alhamdulillah kerana segalanya telah berjalan dengan baik...Doa saya semoga ianya akan berkekalan bukan setakat ke jinjang pelamin tapi hingga ke akhir hayat.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibubapa kami dan seluruh keluarga kami yang telah menjadikan tanggal 27 Mei 2007 suatu hari yang istimewa dalam hidup kami. Terima Kasih juga kerana telah merestui perhubungan ini.
Untuk encik_alangz, awak memang istimewa dihati saya... Sayang Awak!
Dan pada semua kawan-kawan yang memberi ucapan dan juga kata-kata nasihat kepada kami, terima kasih yang tak terhingga. Saya memang amat menghargai persahabatan yang telah terjalin. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Doakan yang baik-baik untuk kami. Untuk Bro Joe juga, terima kasih...
Kepada kawan-kawan yang harap dapat tengok gambar2 masa majlis tu, saya mintak maaf sebab takde banyak gambar. Saya pun sedih sebab gambarnya sikit sangat. Mungkin boleh tengok gambar di blog encik_alangz.
Setakat ini sahaja dan terima kasih semuanya. Sekian.......