
Semalam jalan-jalan kat Kuantan Parade. Sebenarnya sebelum tu pegi Open House rumah PM Ruzaini. Masa pergi tu berkonvoi ramai-ramai dengan kawan seopis. Waktu balik semuanya berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku sebenarnya ada barang nak beli, so pergi sorang-sorang ke Kuantan Parade tu.
Memula tu ingatkan nak singgah sekejap je kat Kuantan Parade tu, lepas beli barang ingat nak balik terus. Entah macamane lepas beli barang rase nak jalan-jalan pulak kat ruang legar Kuantan Parade tu sebab nampak ramai orang berkumpul kat situ. Terpandang la pulak orang ramai tengah menderma darah...apa lagi zasss...terus je berlari ke meja mandaftar untuk derma jugak. Dah lebih kurang 3-4 tahun mencuba untuk menderma darah, tapi tak pernah lepas. Paling last menderma kira-kira 4 tahun lepas. Lepas tu tak pernah melepasi syarat untuk menderma. Masalah paling utama tak cukup berat dan darah cair atau pun masalah biologikal perempuan...aku dok berharap sangat kali ni lepas....masa timbang berat tu memangla berdebar-debar jugak, takut sangat tak cukup berat...tapi before timbang tu aku dah masukkan barang-barang aku yang kecik2 tu dalam poket seluar macam kunci kereta dan hanset....yessssss....strategi aku berjaya...ngam-ngam je 45 kg...senyum lebarla aku time tu....tapi ade lagi kaunter yg kena lepas...kaunter check jenis darah dan nak tengok darah aku boleh atau tidak untuk diderma kan...masa check kat kaunter darah tu takdela berdebar sangat rase macam dah lulus je...hehehheehhe...fuhhhh...memang lepas la...so, berjayala derma darah kali ni...macam tak percaya pulak....

Masa derma tu rase sekejap sangat, rase tak sampai pun 10 minit dah cukup 300 ml. Nampak sangat lebihan darah dalam badan aku, sesuai sangat untuk didermakan...alhamdulillah takde apa2 pun terjadi kat aku lepas menderma darah, takde pening2 atau rase nak pengsan....masa drive balik rumahpun aku steady je...cuma ade lah rase penat sikit...
Happy betul rasenye dapat menderma darah semalam. 300 ml darah yang didermakan amat berharga bagi mereka yang memerlukan. Bangga rasenye dapat jadi salah seorang pendarma DARAH semalam.
Tengok Alangz ni, dah 69 kali dia derma darah tau....huhuhuhuh
7 comments:
heheheh .. sama je mcm alangz yg suka menderma darah gak rasanya ... mmg korang nih meant for each other la gamaknyer .. huhuhuuuu ...
ye ke fara...alangz tak bagitau pun...huhuhuhu
derma darah memang mulia.. jangan derma dara okes.. hek hek..
aku takkannye sampe berat 45 tuh.. walaupon letak tepon dan kunci berbagai dalam poket.. huhuhu..
Ahakzzz... Fara.. begitu peka.. mekasih...
A'ha Zure.. alangz rajin menderma.. ada dalam entry yang lepas (tak ingat.. lama dahh).. up to date dah 69 kali alangz menderma :D
Ya betul imaaa.. hahahaa..
ima: ekekekkekke
alangz: 69 kali???...terkagum sat...
aku dah tak boleh derma darah dah. Bukan aku taknak tapi aku sudah disenarai hitamkan tak boleh menderma darah.
Sesiapa yg pernah menetap di UK sekurang kurang 6bulan dari tahun 95 hingga 2000 tak boleh menderma darah kerana dikhuatiri dgn sindrom lembu gila.
Hampehhhhhhhhhhhhh
Berapa lama takleh derma LB...seumur hidup ke? Paraaaaahhhhhhh la kalau camtu...
Post a Comment