(Harap cerita ni tak basi lagi...:D)
Banyak lagi rupanya orang buat open house dan jugak kenduri di minggu-minggu akhir bulan syawal ni. Suka jugaklah kan selain dapat makan-makan dapat berjumpa-jumpaan kan dan berborak sakan...tak lupe jugak dapat membuat aktiviti menapau....:D
Hari sabtu nya ada 2 jemputan kenduri kawen dan 2 open house. Alhamdulillah dapat pergi kesemua rumah dengan jayanya. Walaupun perut ni macam dah full tank tapi aku berusaha juga memenuhi jemputan orang tu...walaupun tak banyak makan tapi seronok dapat hadir jemputan tu. Bak kata Dr Fadzilah Kamsah "pasang niat yg murni sebelum ke open house". (eh, relevan ke ni?) :D Oleh kerana semua housemate balik kampung terpaksalah pergi jemputan tu sorang-sorang. Bila pergi sorang-sorang takde la nak stay lama-lama kat satu-satu rumah, dan segan jugak nak bergambar...:P so takdela gambar yang berjaya di'snap'...
Semalam (hari ahad) ade satu lagi kenduri jemputan kawen, kenduri menyambut menantu sebenarnya. Jemputan tu datang daripada salah seorang tagger kat Reban Ayam JOE. Dia guna nickname ANA. Ini first time jumpa Kak ANA ni. Tak sangka ada lagi sorang tagger yang lahir di bumi Kuantan ni. Ada lah geng kalau nak menghadiri gadering next time, takpun next gadering boleh buat terus kat zone pantai timur ni...tak gitu JOE?
Ok, berbalik kepada jemputan Kak ANA tadi. Sebenarnya, anak saudara suami Kak ANA yang kawen. Nak dijadikan cerita lagi, adik kepada anak saudara suami kak ANA yang kawen tu pulak salah seorang staff KUKTEM yang sangat dikenali, iaitu F(bukan nama sebenar), kecik sungguh dunia ni...:D. Masa sampai je kat rumah kenduri, aku cuba call kak ANA tapi tak berjawab maybe tengah sibuk time tu...so terus je berjalan ke arah rumah kenduri, dan orang pertama yang aku jumpa adalah F...segan jugakla memula tu sebab nya anak saudara Kak ANA ni tak menjemput aku menghadiri majlis itu walaupun kami saling kenal mengenali :P. Nasib baik dan-dan tu jugak Kak ANA call hanset aku, so dapatla berjumpa dengan Kak ANA dengan jayanya....:D
Kak ANA ni peramah orangnya. Walaupun baru pertama kali berjumpa aku tak rase segan atau kekok berborak dengan dia. Dia la yang teman aku makan, sebab datang sorang-sorang je kan ke majlis tu. Terserempak jugak dengan beberapa staff KUKTEM lain yang datang macam Azmi dan isterinya, liza dan sempatla bertegur-tegur sapa dengan mereka. Kesian pulak kat Kak ANA terpaksa melayan aku makan sampai selesai. Meriah jugak kenduri tu, ramai jugak orang yang dijemput.
Anyway, terima kasih banyak-banyak kat Kak ANA sebab sudi menjemput saya menghadiri kenduri tersebut. InsyaAllah kalau ade jemputan lagi saya berbesar hati untuk menghadiri nya...:D
p/s Perkara positif dalam 'blogging'. Orang-orang yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain tetiba berjumpa, beramah mesra dan boleh menjadi kawan baik. Perkara yang negatifnya tetap ada. Apa-apapun terima Kasih kepada teknologi. :D
6 comments:
Yaaa... mekasih pada Teknologi!!... hehehehee
yang PALING POSITIF ialah blogging bleh menambahkan umat wakakakaka!!! tak gitu alangz????
Fara
Ya betulllll... STUJUUUUU dengan statment mu itu Faraaaa.... hahahaa.... (uiks?.. adakah in blog aku?.. sori tuan rumah... hehehehee)
Fara
AMIN2 kan ye...
Alangz
hhahaha...takpe...tuan umah izinkan...(buatlah selalu :P)
blogging....... the true power is
buat kawan jadi ramai dan makan bole jadi byk hehehehehehe
kesian kat member ko tuh zure, sure termalu dia sebab tak ajak ko datang kawin dia wakakakka
Post a Comment