Pada 24/11/2006 sampai 27/11/2006 aku ade bengkel kat Kota Bharu. Eksited la jugakan sebab first time bengkel ke, mesyuarat ke atau kursus yang di anjurkan oleh tempat keje aku dibuat di negari Kelantan :D. Maklumlah negeri kitakan, so ini lah time nak perkenalkan negeri yang indah permai ni kat kawan-kawan sekerja. :D
Awal-awal lagi bila peserta bengkel tau yang aku akan join bengkel tu dorang terus bagitugas khusus untuk aku. Tugas apakah ittew? Jadi tukang tawar-menawar. Kelako jugak rasenye memula tu.(Ini nak berbengkel ke nak bersopping?) :D. Sebenarnya aku pun tak reti nak tawar menawar jugak. Sesikit boleh la. Maybe kelebihan aku ni terer speking kelate itu sebab nya tugas itu diberi pada ku. Kalau nak harap kan aku jadi tourist guide kat area KB tu...mintak ampun...akupun tak familiar area2 KB. Tapi kalau area Tanah Merah or Rantau Panjang atau lagi teror area Kuantan ni berbanding KB.
Saje je pilih tajuk perjalanan yang panjang sebab perjalanannye memang panjang pun. occay, secara asasnye memanglah perjalanan ke negeri Cik Siti Wan kembang tu jauh dan mengambil masa yang lamakan. Tapi kan rase perjalanan ke kota bharu patutnye paling lama pun selama 7 jam aje. Biasalakan naik bas, 7 jam tu boleh la diterima. Kalau bawak kereta sendiri 5 jam je sebenarnya. Tapikan u ols tau tak perjalanan kali ni mengambil masa samai 9 JAM!!!!!...satu perjalanan yang sungguh lama dan menyiksakan...Rase macam nak sound je ketua projek, awatla suka sangat nak berenti. Penatla kan sebab keesokkan pepagi lagi nak start bengkel.
Sebenarnya kami bertolak menaiki bas dari Kuantan ke Kota Bharu pada jam 3.00 petang. Kalau dikira dan congak bagai sepatutnye pukul 9.00 malam dah boleh sampai. Tapi kan kami sampai ke hotel tempat penginapan pun tu tepat-tepat jam 12-30 malam. Bayangkan berejam-jam kat atas bas. Macam-macam aksi terlampau dah semua orang buat, tapi tak sampai-sampai jugak ke KB. Sepanjang perjalanan tu 6 kali kami berhenti. Setiap kali berhenti, paling cepat pun makan masa 20 minit, dan boleh mencecah hingga ke sejam lamanya. Itula sampai 9 jam kat atas bas baru sampai.
Perhentian :
3.00 petang : Bertolak dari Kuantan
Perhentian 1 : Stesen Minyak Shell – mengisi minyak
Perhentian 2 ; Kedai area Jalan Kuantan By-Pass 1
Perhentian 3 ; Perhentian makan di Paka - makan
Perhentian 4 : Stesen Minyak Petronas
Perhentian 5 : Pantai Batu BurukPerhentian 6 : Stesen Minyak
12.30 malam : Sampai di Kota Bharu
Wah...ini macam movie, 7 hentian tu pulak erk…Rasenye perhentian yang paling lama dekat Pantai Batu Buruk kat Kuala Terengganu. Berhenti untuk makan, hampir sejam kami disitu. Tempat tu memang cantik dan sesuai untuk membawa ahli keluarga bersantai. Tapi makanan dan service digerai-gerai makan disitu kurang memuaskan hati dan boleh tahan mahal...peace orang terengganu!! Yang special kat sini aiskrim goreng. Tapi tak try pun makan aiskrim goreng tu. Lepas perhentian ini, kitorg meneruskan perjalanan ke Kota Bharu dan sampai di Kota Bharu jam 12.30 malam. Sampai di KB kami check in dan terus tidur dalam kepenatan.
Itu la perjalanan ke Kota Bharu 24 nov 2006. Bersambung.
5 comments:
bila nak cite pasal si dia dtg kb ek? hihihihi :)
ha ah, perjalanan si dia tuh lagi jauh. tapi tunggulah aku, perjalanan aku jauh lebih jauh :-)
jijo: sabo erk...step by step :P
Joe : seswuatuss nye...memang jauh perjalananmu....:-)
Muakakkakaa.... best argh ayat Bro.. "perjalanan aku jauh lebih jauh :-)"..... dan alangz membalas seperti biasa... "takder makner nyer".... kuang.. kuang.. kuang...
joe n alangz, tak baik gaduh dlm rumah org.
shuh shuuh shuh kuar kalau nak gaduh
hahahahahaah
Post a Comment