Ni resepi yang dicopy paste dari fp lynnhassan
----------------------------------------------------
Bahan A
2 biji telur
1 3/4 cawan gula halus
1 cawan minyak jagung
3 biji epal hijau kecil didadu kecil
3 biji pisang berangan dilecek
Bahan B
3 cawan tepung gandum
1tsp baking soda
1/2 tsp cinnamon powder
secubit garam
100g walnut dipatah-patah (tak payah toast)
Semua guna hand whisk sahaja Pukul telur dan gula sampai hancur. Masukkan minyak jagung, kacau lagi. Masukkan epal hijau dan pisang dalam adunan tadi.
Ayakkan bahan B , Gaul dengan walnut . Masukkan semua bahan dalam bahan A tadi.Adunan pekat, don't worry
Bakar dlm acuan yg telah diglis. Lynn pakai acuan 7"x 7"x3" dgn suhu 160 selama 50 min.Lepas keluar dari oven, biarkan 1 jam, baru keluarkan dari loyang. Hias dgn ayakkan gula icing
-----------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk membuat kek ni memang bahan mudah didapati dan tak banyak. Saya guna minyak masak biasa sebab minyak jagung mahal dan saya tidak menggunakan minyak jagung dalam masakan kat rumah. Kolestrol sure tinggi bila guna minyak masak biasa. Apple pulak saya gunakan apple merah yang besar. Saya tidak masukkan walnut untuk buat kek ni.
Nasib baik untuk mix semua bahan-bahan cuma guna hand whisk je. Sebab kat rumah (kuantan) takde mixer untuk mixkan bahan-bahan. Ovennya pulak kecik secomel tuannya, loyang yang ada kat rumah tak muat nak masuk ke dalam oven. Solutionnya saya gunakan bekas pie yang kecik-kecik tu untuk bakar kek. Makanya jadilah macam kek cawan pulak.
Walau apepun, hasilnya tetap tidak mengecewakan saya. Memang sedap dan lagi sedap kalau ianya dimakan dikala masih panas sambil-sambil minum kopi atau teh :D.
p/s Thanks lynn sebab share resepi.
2 comments:
Okeh cik puan zura
Masa Balok sila bawak ini kek untuk dirasai ok. Hiks!
Tokleh la. Oven kecik bebeno...susah nak membakarnye
Post a Comment