Sunday, June 29, 2008

Lega

Pagi tadi aku pergi membayar bil kat pejabat pos. Sempatla jugak aku menyimpan duit sikit dalam ASB. Lega rasanya bulan ni dapat menyimpan duit kat ASB.

Dah lama tak menyimpan duit kat bank. Dulu aku selalu potong terus gaji untuk simpanan kat Tabung Haji. Tapi semenjak-semenjak dekat-dekat nak kawen dan selepas kawen ni tak sempat-sempat nak menyimpan. Financially memang tak berapa nak stabil sikit lepas kawen ni. Banyak duit habis digunakan untuk persiapan kawen dulu. Selepas kawen pulak duduk berjauhan dengan hubby memang costing dan kami berdua nak buat planning pun susah sebab belum dapat nak agak lagi situasi kami in future.

Bila duit simpanan takde kat bank memang aku jadi risau. Mana nak cekau duit kalau ada apa-apa jadik. Bukannya hubby tak dapat nak tolong, of course dia akan tolong cumanye better kalau aku ade duit simpanan sendiri. Sama-sama tolong menolong kata orang. Barulah rasa terjamin sikit. Lagipon dalam keadaan sekarang ni yang tak berapa menentu, yang katanya dekat-dekat nak gawat ni kena bijak merancang kewangan dan memang penting ade duit simpanan, cuba mengurangkan hutang dan hidup dalam keadaan serba berjimat cermat. Yang paling penting sekarang cuba untuk menyimpan duit gaji setiap bulan dan cepat-cepat pindah keje ke KL.

No comments: