Sunday, June 22, 2008

Gegar Balok 2008

Alhamdulillah dah selesai Gegar Balok 2008.

Hari Pertama (21 Jun 2008)

Hari sabtu tu pagi-pagi lagi dah bangun nak prepare ape-apa yang patut untuk dibawa ke Balok. Sempat lagi basuh kete dan buat sandwich.

Lebih kurang pukul 12.45 tgh sampaila rombongan Cik Kiah dari KL yang diketuai oleh hubby. Aku menunggu di stesen minyak caltex kat simpang masuk ke taman ku. Lepas pegi beli air RO kat kedai runcit kami terus bergerak ke Balok. Sesampai ke Balok, kami makan tengahari lepas tu terus ke tempat perkhemahan. Masa sampai tu dah ramai org kat tapak perkhemahan. Orang MPK bagitau hari tu ada 3 kumpulan yang berkhemah disitu. Tempat khemah kitorg pulak ditengah-tengah tapak perkhemahan. Cumanya jauh sikit dari surau dan tandas. Penatla jugak berulang alik dari tempat khemah ke tandas. Ni la first time bercamping selepas habis alam persekolahan. Memang dah lama giler tak camping. Petang tu kitorg cuma buat aktiviti bebas. Ada yang mandi laut, ada yng main bola tampar pantai dan ada jugak yang membuta. Angah, wan, deling dan arc pulak gi cari sata. Aku petang tu takat melepak je tepi laut tengok orang. Ye la kalau nak mandi laut, anytime je boleh pergi kan? hehehhehe

Malam nye pulak, ada aktiviti barbeque. Tepat-tepat jam 6.30 caterer tu hantar benda-benda yang dah dimarinate untuk dibakar. LB, hubby, angah, par dan sape lagi yang bakar makanan tu semua. Yang bestnya makanan dan jajan memang banyak sebab ramai yang sponsor makanan dan jugak air mineral. Malamnye pulak geng-geng bujang main bakar kertas (betul ke nama permainan tu?). Geng-geng pompuan yang dah kawen lak bercerita hal ehwal orang dewasa. Budak-budak main kejar-kejar. Geng-geng yang stay kat hotel terpaksa balik awal, maklumle jalan balik ke hotelnya gelap. Kan best kalau dorang boleh stay lagi sampai ke pagi terutamanya fara yang tetap bersemangat untuk stay walaupun anak-anaknya sudah tertidur kat tempat melepak tu. Hehehhehhe padahal aku pukul 12 lebih tu dah masuk khemah. Ngantukle....ada lagi yang stay ke pagi. Tapi malam tu memang tak berapa nak lena sebab banyakle nyamuk kat area khemah aku tu. Dahle khemah nye berlubang senang nyamuk nak masuk.

Hari Kedua (22 Jun 2008)

Hari ahadnye pulak 6.30 pagi dah bangun. Dah siap solat, kejutkan hubby bangun. Konon-kononnya pagi tu nak mandi laut so pergile berjalan ke laut dengan ima. Tapi sejukle. So, cancel mandi laut. Aku takat dok kat tepi pantai dgn Ima dok menyembang sambil tengok delin, deo, jijo, aisyah and combi mandi, dorang ni awal-awal lagi dah terjun ke laut. Pagi tu pulak ade org pukat ikan, so dapat le tgk dorang memukat ikan dari dekat. Pastu ade sesi bergambar ramai-ramai pakai baju merah. Aku yang dah siap mandi masa tu dan dah tuko baju takdela nak pakai baju merah lagi. Rugi betul. Lebih kurang pukul 1, kitorg bertolak keluar dari tapak khemah and singgah makan kejap kat Restoren Alif kemudia bertolak pulang.

Ade beberapa anugerah yang sesuai diberikan untuk gegar kali ni

1. Peserta paling hot aku rasa sesuai diberi kepada jijo. Selalu sangat ada je cerita/gosip pasal dia samada dia sedar atau tidak. Tapi dia tetap maintain buat tatau je...

2. Khemah paling cantik/kemas sudah semestinya milik Deo. Tak payah komen banyak2 tgk pun dah tau.

3. Penggosip yang paling tegar adalah Limah, Fara, Delin and Angah. Memang sesuai.

4. Raja interframe adalah Jijo (again?). Mana-mana gambar mesti ade muke dia. hehheheh ...jangan marah jijo, nanti kena jual....

Entry lain
1. Jijo
2. Fara
3. Delinn

Gambar
1. Kamera Delinn

4 comments:

Anonymous said...

lor ... dah tinggal sikit pn nak bersambung??? wakakkaka!

fara

Anonymous said...

ok dah habiskan entry tu fara...hehhehe

zure

Anonymous said...

zure: pesal takde anugerah untuk suami mu itu, sure leh tuntut hadiah dgn joe gak ni..

a'aa lah, pesal aku boleh tahan juga kesabaran ya, maybe aku ada wat tai chi selalu kot time ptg2 bawa anak jalan tu kot

-jijo-

Anonymous said...

jijo: anugerah untuk suamiku, aku simpan dalam hati je....ahaks!

Ko memang penyabar orangnye jijo...hehhehehe